-->

3 Langkah Asas Mengurus Homestay

- January 23, 2018
Adakah anda sedang mengusahakan bisnes homestay ?

Jika Ya! anda harus tahu berapa langkah  untuk menguruskan homestay anda dan mampu menarik perhatian tetamu anda.

Tetapi jika anda belum mempunyai bisnes homestay, anda harus mula fikirkan untuk berjinak-jinak dalam bisnes ini sebagai satu sumber pendapatan sampingan.

Sekiranya anda merupakan seorang tetamu kepada sebuah homestay, anda juga patut tahu apakah langkah-langkah yang diamalkan oleh pengusaha homestay agar anda berpuas hati menginap di sesebuah homestay.

3 Langkah Asas Mengurus Homestay - Bisnes Homestay

Okay, saya ingin kongsikan berapa langkah yang mudah untuk menguruskan homestay anda:

1. Sediakan homestay anda

Sebagai pengusaha homestay anda telah menetapkan jadual untuk daftar masuk dan daftar keluar kepada bakal tetamu. Maklumat tersebut biasanya telah dimaklumkan kepada bakal tetamu selepas mereka membuat tempahan.

Oleh itu menjadi tanggungjawab anda untuk menyediakan homestay yang telah ‘sedia’ menerima tetamu.

Apakah kerja-kerja yang patut disiapkan sebelum tetamu sampai?

Pastinya kerja-kerja seperti menyapu sampah, mengemop lantai, membuang sampah, menukar cadar tilam dan bantal, mengenalpasti kerosakan dan sebagainya harus dilakukan. Berdasarkan pengalaman saya, kerja-kerja tersebut memerlukan masa antara 1 jam hingga 1jam 30 minit. untuk homestay sederhana dengan dua bilik tidur.

Kerja-kerja mengemas homestay harus dilakukan sebelum tetamu tiba. Berbeza dengan hotel yang mempunyai banyak bilik, homestay anda hanya mempunyai sebuah rumah. Oleh itu jika anda tidak menyiapkan homestay anda untuk bersedia menerima tetamu, ini akan menjatuhkan reputasi anda  dan tetamu akan kecewa.

Ada tetamu yang datang dari jauh dan terlalu letih kerana menempuh perjalanan yang panjang. Mereka ingin  mendapat rehat dengan segera dan merasai keselesaan apabila melangkah masuk ke homestay anda.

Saya pernah mengalami situasi di mana homestay saya belum bersedia menerima tetamu kerana beberapa masalah di luar jangkaan. Antaranya seperti tetamu sebelumnya lewat membuat daftar keluar, kesilapan dalam rekod daftar masuk, dan pekerja pembersihan tidak berkesempatan untuk mengemas homestay kerana mempunyai hal lain. Ini mengundang keadaan panik dan kelam-kabut.

Oleh itu jika anda mengusahakan homestay, pastikan hal ini di ambil perhatian yan serius agar tidak menjadi keadaan yang tidak selesa kepada anda dan bakal tetamu anda.

2. Sediakan jurupandu

Kedudukan homestay anda kadang-kala agak sukar di cari bagi tetamu luar yang tidak biasa dengan tempat anda.

Oleh itu adalah wajar sekiranya anda menyediakan seorang pembantu jurupandu yang boleh menjemput tetamu anda yang baru tiba. Ini akan memudahkan tetamu untuk mencari homestay anda dan tidak membuang masa mereka.

Walaupun dengan kecanggihan teknologi kini seperti adanya waze, google map dan sebagainya, kadang-kala maklumat lokasi homestay anda tidak termasuk dalam jajaran yang boleh dikesan lokasinya oleh aplikasi berkenaan.

Pengalaman saya pernah sebuah keluarga tetamu saya tersesat sejauh hampir 30 kilometer kerana terlalu bergantung kepada aplikasi pecarian peta dalam internet. Lebih malang lagi mereka tersesat lebih kurang pukul 11 malam dan saya terpaksa menguruskan dan membantu mereka sehingga pukul 2 pagi.

3. Lakukan promosi

Apa-apa bisnes yang anda lakukan, aspek promosi tidak harus ditinggalkan. Ia merupakan segmen peruntukan baget anda yang besar.

Lakukan promosi homestay anda seluas yang mungkin dengan pelbagai cara.

Masa kini promosi secara online adalah kaedah paling berkesan dan menjimatkan. Oleh itu sebagai pengusaha homestay atau jika anda bercita-cita ingin mengusahakan perniagaan homestay, belajarlah ilmu pemasaran secara internet. Jangan kedekut untuk melabur bagi menambah ilmu dalam menjalankan promosi perniagaan dalam internet.

Salah satu kaedah yang saya gunakan adalah menggunakan platform promosi seperti Airbnb yang sangat membantu. Anda boleh mencuba platform tersebut DI SINI .

Baca juga - Panduan Urus Homestay Gaya Jutawan

Demikian beberapa langkah asas yang perlu anda tahu dalam menguruskan sebuah homestay. Jika anda belum memulakan bisnes ini, anda patut mula merancang sekarang sebagai salah satu cabang pendapatan anda.

Di lain kesempatan saya akan kongsikan lagi beberapa langkah yang sesuai dilakukan untuk menguruskan homestay.


Saya berharap artikel ini memberi manfaat kepada anda. Saya juga berharap agar anda dapat SHARE artikel ini dengan ahli keluarga atau rakan-rakan anda yang mengusahakan homestay atau bercadang menceburi perniagaan ini untuk kebaikan bersama.

Semoga berjumpa lagi!


Advertisement


EmoticonEmoticon

 

Start typing and press Enter to search